Friday, 30 September 2016

Tempat menarik yang menjadi pilihan tugasan saya ialah NEGERI SEMBILAN….seperti yang kita tahu negeri Sembilan adalah negeri yang terkenal dengan adat dan budaya warisan tersendiri. Oleh itu, dalam blog ini terdapat beberapa tempat menarik yang menjadi pilihan saya dan wajib di kunjungi untuk bercuti atau mencari pengalaman di negeri yang indah ini….

# sila klik nama tempat untuk info .......TQ:) 

Senarai Tempat Menarik di Negeri Sembilan Untuk dilawati




Jika anda ke Negeri Sembilan, destinasi perlancongan yang popular di sini adalah Port Dickson. Ianya merupakan sebuah pantai yang terletak lebih kurang 30km dari Seremban dan 90 KM dari Kuala Lumpur. Pantai ini memang popular kerana seringkali dijadikan tempat persinggahan oleh warga kota ketika berhujung minggu. Jika anda inginkan suasana pantai yang cantik dan damai, boleh ke Pantai Port Dickson. Kalau tak mahu bersesak dengan yang lain, tempah hotel awal-awal untuk memudahkan anda menginap di Port Dickson.




Negeri Sembilan masih terkenal dengan adat Minagkabau yang masih lagi popular dan masih kuat diamalkan di beberapa tempat di sana. Mercu tanda bagi adat ini adalah istana Seri Menanti. Ianya terletak di Bandar Seri Menanti dan yang menarik berkenaan dengan binaan ini, ianya tidak menggunakan sebarang paku tetapi hanya pasak sebagai ganti. Jika anda ke Negeri Sembilan, saya cadang untuk anda singgah ke sini.



Pusat rekrasi hutan lipur ulu bendul ialah salah satu tempat menarik percutian bajet yang terletak di negeri Sembilan. Kawasan rekreasi ini sangat sesuai untuk keluarga bercuti. Anda boleh berkhelah sambil menikmati permandangan hutan yang menhijau,menghirup udara segar yang nyaman serta mandi sungai. Selain itu, anda juga boleh melawati taman ular sawa ulu bendul yang terletak tidak jauh dari kawasan rekreasi.


Jeram gading  adalah terletak di kuala klang, daerah jelebu. Ia adalah pusat rekreasi air terjun yang agak popular di negeri Sembilan. Terdapat sungai yang jernih airnya dan sejuk yang menjadi tarikan utama masyarakat atau pelancong yang berkunjung di tempat ini
Rantau eco park adalah destinasi percutian yang mempunyai pelbagai daya tarikan dan aktiviti yang menarik. Terletak dalam kawasan 100 ekar dan taman ini juga turut menyediakan chalet untuk penginapan,tasik yang luas untuk aktiviti air,mini zoo,kolam renang dan bilik mesyuarat. Manakala, aktiviti yang lain boleh dilakukan pula ialah jungle trekking,berbasikal,menunggang kuda,ATV,berkayak dan inflattable balloon untuk kanak-kanak.

Taman tema air primaland terletak di port Dickson , ia terkenal kerana menyediakan pantai buatan manusia yang terbesar di Malaysia. Antara kelebihan taman tema ini anda akan berasa selamat untuk membawa anak-anak atau ahli keluarga bercuti dan mandi-manda. Di sini juga terdapat resort  menarik yang menyediakan 300 buah bilik untuk pelancong atau pengunjung. Kemudahan berbagai jenis juga turut disediakan seperti restoran yang terdapat di kawasan resort tersebut. Selain itu, anda juga boleh mengisi ruang percutian dengan menonton filem di teater mini, bersenam di gymnasium,berkaraoke dan sauna.

pakej pelancongan sehari


Pakej pelancongan 1 (RM 120.00/PER PAX)
Pakej pelancongan 2 (RM 70.00/PER PAX)
Harga termasuk:
ü  MELAWAT KE ISTANA SERI MENANTI

ü  MELAWAT KE REMBAU CRYSTAL
ü  MELAWAT KE PANTAI PORT DICKSON           
§  PENGINAPAN
§  PENGANGKUTAN
§  MAKANAN DAN MINUMAN
HARGA TERMASUK:
ü  MELAWAT KE ALIVE 3D ART GALLERY          
ü  MELAWAT KE REMBAU CRYSTAL

ü  MELAWAT KE TELUK KEMANG   

         §  PENGANGKUTAN
           §  MAKANAN DAN MINUMAN
HARGA TIDAK TERMASUK:
TIADA                                         
HARGA TIDAK TERMASUK:
                              PENGINAPAN

No comments:

Post a Comment